Isnin, 7 Mei 2018

Mei 2018

09 Mei 2018 telah diumumkan sebagai hari pengundian bagi PRU-14. Pada hari tersebut merupakan cuti umum tambahan bagi memberi ruang pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Sepanjang kempen PRU bermula 28 April hingga menjelang 09 Mei, UMNO Cawangan telah mengerakkan jenteranya melaksanakan tugasannya. Walaupun menghadapi beberapa kekangan, kita telah berusaha menjayakan kempen pada kali ini.














Suasana di pos BN Kampung Sungai Yu - 06052018






Suasana di PDM Bukit Kechil - 06052018






Jumaat, 4 Mei 2018

April 2018

Menjelang PRU-14 pada 9 Mei 2018 (Rabu), JKKK kampung ini telah mengadakan menyuarat bulanannya pada 21 April 2018. Dalam mesyuarat tersebut telah dibincangkan persiapan menghadapi PRU pada kali ini. Seperti biasa UMNO kampung ini akan membantu kempen Barisan Nasional P015 Sungai Petani dan N27 Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka.

28 April 2018 - proses penamaan calun telah dijalankan di Dewan MPSP di Sungai Petani. Berikut calun-calun yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional P015 & N27. UMNO Cawangan/ JKKK kampung ini mengucapkan tahniah kepada Dato' Shahanim Mohamad Yusoff dan Dato' Ali Yahaya.













Sekitar Hari Penamaan Calun 28 April 2018






Selasa, 28 November 2017

November 2017


18.11.2017 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani, Sdr. Muhamad Effendi Mahsum menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung. Kampung ini diwakili oleh Sdr. Zulkifli Abdul Samad.




20.11.2017 - Pembinaan benteng penahan ombak telah siap sepenuhnya.
















25.11.2017 - Dato' Hj. Abdul Rahim Hj. Saad - Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani bersama barisan Jawatankuasanya termasuk Pemuda dan Wanita telah mengadakan majlis Santai Pagi di Pulau Sayak








25.11.2017 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan pada jam 840 malam. Pelbagai isu dibangkitkan, alhamdulillah semua dapat diselesaikan dengan baik.