Sempena hari raya qurban tahun ini UMNO Cawangan telah mengadakan Rumah Terbuka bertempat di Perkarangan Surau Kampung Sungai Yu. Rumah terbuka ini di adakan selepas solat sunat Aidil Adha.
Menurut ketua cawangan En. Azhar Sudin, sambutan amat menggalakkan sekali. Ini merupakan program pertama UMNO cawangan sejak pemilihan 01 Ogos yang lalu. Turut serta adalah Ketua Pemuda serta barisan AJK Cawangan.