Selasa, 13 Januari 2009

MKK atau JKKKP

Di negeri Kedah Darul Aman kini mempunyai MKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Bagi kampong yang tidak mempunyai Cawangan PAS atau PKR, MKK dilantik di kalangan ahli PAS/PKR yang menjadi ahli di Cawangan lain tetapi tinggal di kampong berkenaan. Begitu jugalah yang terjadi kepada kampong ini.

Sudah 8 bulan Pakatan Rakyat menerajui Kedah namun kampong kami masih dibiarkan sepi. Ramai penduduk masih mencari dinamakan tempat untuk mereka mengadu. Kebanyakannya datang berjumpa Pengerusi JKKKP untuk sebarang urusan. Namun bagi lantikkan tahun ini tauliah lantikkan belum diberikan lagi. Maka ramai penduduk yang ada urusan ke Pejabat Penghulu Mukim yang terletak di Pekan Kota Kuala Muda.