Isnin, 23 Februari 2009



PROFAIL KAMPONG

Nama Kampong : Kampong Sungai Yu
Negeri : Kedah Darul Aman
Daerah : Kuala Muda
Mukim : Bukit Meriam
JKKK(P) : Kampong Sungai Yu

a) MAKLUMAT ASAS KAMPONG

Parlimen : Sungai Petani
Ahli Parlimen : YB Dato' Johari b. Abdul (PKR)
DUN : Pantai Merdeka
Ahli DUN : YB Abdullah b. Jusoh (PAS)
Pegawai Daerah : YBhg. Dato’ Hj. Abdullah b. Mat Akhir
Penghulu Mukim : En. Nazri b. Ahmad
Kategori Ketua Kampong : Pengerusi JKKK(P)
Nama : En. Azhar b. Sudin

b) SEJARAH

Kampong ini adalah sebuah perkampongan tradisional. Dulunya terdapat sebatang sungai di kampong ini. Menurut cerita lisan, nama kampong ini tercipta kerana penduduk telah menemui seekor ikan yu yang besar terdampar di tebing sungai tersebut. Oleh kerana pada masa tersebut kampong ini belum mempunyai nama rasmi lagi, maka penduduk bersepakat menamakan kampong ini sebagai kampong Sungai Yu.

Dari dulu lagi kampong ini dipenuhi sawah padi dan diusahakan setahun sekali sebelum terdapat sebarang pengairan moden seperti sekarang. Selain dari bersawah penduduk juga turun kelaut sebagai menambah pendapatan.

c)INFO PENDUDUK

Bilangan Penduduk : 437 orang
Bilangan Keluarga : 99 keluarga

Bil. Orang Kurang Upaya
Lelaki : 01 orang
Wanita : 01 orang

Bil. Ibu/Bapa Tunggal
Lelaki : 04 orang
Wanita : 18 orang

d) INFO HAK MILIK PENDUDUK

Bilangan rumah : 99 buah

i) Jenis rumah

Rumah sebuah : 03 buah
Rumah tradisi : 85 buah
Rumah SPKR : 07 buah
Rumah Berkembar : 04 buah

ii) Kenderaan

Kereta : 51 buah
Motosikal : 115 buah
Basikal : 52 buah
Van : 05 buah
Lori : 02 buah
Motorbot : 11 buah
Sampan : 11 buah

iii) Kemudahan perniagaan

Kedai runcit : 02 buah
Gerai : 01 buah

iv) Kemudahan asas

Surau : 01 buah
Dewan Orang Ramai : 01 buah
Bas Awam : Tiada ( Kecuali bas sekolah)
Hentian bas : 01 buah