Isnin, 11 Mei 2009

Catatan Setiausaha Cawangan

Di kampong ini hanya terdapat sebuah parti siasah iaitu UMNO. Kepimpinan UMNO Cawangan telah dipilih pada 01 Ogos 2008. Manakala mesyuarat Jawatankuasa yang pertama diadakan pada 30 November 2008. Berikut disenarai barisan Jawatankuasa Cawangan bagi tahun 2008-2011.

Ketua : Azhar Sudin
Timbalan Ketua : Mohd Radzi Morad
Setiausaha : Saad Darus
Bendahari : Kasim Ahmad
Ketua Penerangan : Abd. Razak Ismail
Ketua Pemuda : Mohd Zaidi Ahmad
AJK : Abd. Moin Mohd Bakri, Ahmad Hashim, Ali Darus, Aminuddin Zakaria, Harun Kamis, Hasanudin Dahlan, Khairul Anuar Mohd Nanyan, Mohd Bakri Bakar, Mohd Farid Shahid, Muhd Latif Harun, Osman Darus, Rosslan Mat, Sarudin Darus dan Zulkifli Zainol Abidin.

Disamping itu beberapa biro telah diwujudkan bagi menyelaraskan aktiviti cawangan. Bagi mengemaskini penyeliaan serta pengawasan Dewan Masyarakat kampong ini, Mohd Bakri Bakar dilantik mengantikan Othman Hussin yang telah uzur.

Selain itu beberapa aktiviti kemasyarakatan terus dilaksanakan. UMNO cawangan amat menitik beratkan soal kebajikan penduduk, untuk itu satu lawatan kerja bersama Pegawai Masyarakat Daerah dengan kerjasasama Biro Kebajikan UMNO Bahagian turun padang melihat sendiri penduduk-penduduk yang memerlukan bantuan.

Ahli cawangan telah didedahkan dengan kemahiran komputer. Seramai 10 ahli cawangan telah dipilih untuk mengikuti Kursus Literasi Komputer anjuran KEDA negeri Kedah.