Khamis, 9 Julai 2009

Aktiviti sepanjang Jun dan Julai 2009

21 Jun 2009, Persidangan UMNO Cawangan Sungai Yu telah diadakan bertempat di Dewan Masyarakat Kampong ini. Kehadiran ahli menggalakkan. En. Mohd Yusof Lazim hazir sebagai wakil UMNO Bahagian.

04 Julai 2009, Kursus Pemantapan Kepimpinan untuk Pengerusi & Setiausaha JKKKP diadakan di Dewan Warisan UMNO Sungai Petani. Majlis penutup dirasmikan oleh En. Ali Yahya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Pengerusi JKKKP kampong ini, En. Azhar Sudin turut hadir di majlis ini.

11 Julai 2009, Kursus Pemantapan Kepimpinan untuk Pengerusi & Setiausaha JKKKP diadakan di Dewan Warisan UMNO Sungai Petani. Majlis penutup dirasmikan oleh En. Sabri Mahmud , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Setiausaha JKKKP kampong ini, En. Saad Darus turut hadir di majlis ini.

11 Julai 2009, Kursus pengenalan blog dan book face di adakan di SP Inn, anjuran Pemuda UMNO Bahagian. Majlis penutup serta penyampaian sijil disempurnakan oleh En. Shuib Taib, Setiausaha UMNO Bahagian Sungai Petani. Apa yang mendukacitakan Ketua Pemuda Sungai Yu atau wakil tidak hadir dalam majlis ini.