Rabu, 20 Januari 2010

JKKKP Kg. Sungai Yu 2009-2010

Dewan Kampong ini yang agak uzur perlu diperbaiki.

Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Kemajuan Negeri dengan kerjasama Penyelaras Parlimen Sungai Petani telah melantik barisan Jawatankuasa JKKKP berkuat kuasa mulai 1 April 2009 hingga 31 Disember 2010 seperti berikut;
i) Pengerusi - Azhar Sudin
ii) Setiausaha - Saad Darus
iii) Bendahari - Kasim Ahmad
iv) Ahli Jawatankuasa - Mohd Radzi Murad, Ahamad Hashim, Mohd Zaidi Ahmad, Abd. Wahab Abdullah, Mohd Bakri Bakar, Abd. Razak Ismail, Harun Kamis, Osman Darus, Hj. Ismail Harun (meninggal dunia), Hamzah Mohd Ali, Khairol Annuar Mohd Nanyan dan Mohd Muslim Saad


Tauliah JKKKP akan di berikan pada 03.03.2010 bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Wisma Keladi, Sungai Petani, Kedah Darulaman. Pengerusi JKKKP kampong ini di jangka hadir.

Mesyuarat JKKKP 1/2009

Tarikh : 08 November 2009 (Ahad), Jam 3.30 Petang, bertempat di Dewan Masyarakat Kg. Sungai Yu. Kehadiran 12/15. Skop perbincangan bertumpu kepada pembangunan kampong dan kebajikan masyarakat setempat. Semua perbincangan berjalan dengan teratur.

Mesyuarat JKKKP 2/2010

Tarikh : 28 Februari 2010 (Ahad), Jam 4.00 Petang, bertempat di Dewan Masyarakat Kg. Sungai Yu. Kehadiran 12/15. Skop perbincangan berkisar kepada pembangunan dan keselamatan kampong serta masalah sosial. Soal kebajikan warga emas dan OKU juga diberi perhatian.

Pada 03.03.2010, Penyampaian tauliah dan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP telah diadakan di Pejabat Pembangunan Daerah di Wisma Keladi, Sungai Petani. En. Azhar Sudin selaku Pengerusi JKKKP kampong ini turut serta dalam majlis ini.

Isnin, 18 Januari 2010

Aktiviti Disember 2009

Sepanjang Disember 2009 beberapa aktiviti terus di jalankan ;

1. Menjelaskan yuran tahunan ahli UMNO Cawangan. Yuran dijelaskan ke Pejabat UMNO Bahagian Sungai Petani.

2. Sebanyak 23 permohonan menjadi ahli baru diterima oleh UMNO Cawangan. Pihak pengurusan cawangan telah memajukan permohonan mereka kepada Pejabat UMNO Bahagian.

3. UMNO Cawangan juga menerima sebanyak 10 permohonan bertukar cawangan. Permohonan diterima dari ahli yang menetap di kampong ini dan ingin menyertai UMNO Cawangan Sungai Yu.

4. UMNO Cawangan menerima sumbangan sebanyak 5 pasang pakaian sekolah (lengkap) dan diagihkan kepada yang layak. Sumbangan ini diberikan oleh UMNO Bahagian Sungai Petani.

5. UMNO Cawangan juga telah menerima barangan keperluan logistiknya. Antara yang diluluskan ialah ;

i) 5 tray hidangan layan diri
ii) Dua periok besar
iii) Sebiji kawah besar
Ini semua sebagai penambahan kepada logistik yang sedia ada. Menurut Penyelia Logistik UMNO Cawangan, Encik Mohd Bakri Bakar, sepanjang tahun 2009 Bahagian Logistik berjaya mendapat pendapatan bersih hasil sewaan logistik sebanyak RM449.00.