Selasa, 2 Mac 2010

Proses pemutihan ahli UMNO

UMNO Malaysia sedang melancarkan proses pemutihan. Semua Bahagian dan Cawangan turut terlibat, Cawangan Sngai Yu juga tidak terkecuali. Pihak Cawangan mengambil kira penglibatan ahli-ahlinya terutama semasa Pilihan Raya Umum(PRU) yang lalu (2008). Semua rekod semasa PRU yang lalu disemak kembali. Selain daripada itu terdapat juga ahli yang gagal dikesan. Pelbagai sumber yang ada kita gunakan.

Semua proses ini telah dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan UMNO Cawangan terus kukoh dan unggul. Semua proses ini di laksanakan oleh Biro Politik Cawangan. Pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan mengenai pemutihan ini dilaksanakan. Semoga dengan pemutihan ini akan memberi nafas baru bagi UMNO Cawangan ini dan juga mengelakkan kekeliruan keahlian sesaorang.