Isnin, 21 Jun 2010

Program Bahagian Sungai Petani Jun 2010

Sepanjang bulan Jun 2010 terdapat banyak program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Sungai Petani. UMNO Cawangan/JKKKP Kampung Sungai Yu juga turut menyertai program-program tersebut.

1. Program YB Senator DS Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bersama komuniti DUN Pantai Merdeka pada 13 Jun 2010, jam 8.30 malam, di Dewan Desa KEDA Kuala Muda, Ketua Cawangan bersama empat warga emas kampung ini turut menyertai program ini.

2. Program penyampaian elaun JKKKP Parlimen Sungai Petani pada 20 Jun 2010, jam 9.00 pagi, di Dewan Tebatan Banjir, Rantau Panjang yang dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan). Setiausaha JKKKP turut serta dalam program ini.

3. Program Pendaftaran Pemilih turut diadakan pada 20 Jun 2010, Jam 3.00 petang di Dewan Masyarakat Pantai Merdeka. Ketua dan Setiausaha Cawangan turut serta dalam program ini.

Isnin, 14 Jun 2010

Program Mesra Rakyat - 12 Jun 2010

Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemas Parlimen Sungai Petani dengan kerjasama UMNO/JKKKP Kg. Sungai Yu telah berjalan dengan lancar. Program di mulakan jam 3.00 petang dengan acara sukanika/sukan rakyat. Acara aspek wanita iaitu pertandingan membuat kuih juga mendapat sambutan yang menggalakan dari kalangan kaum wanita.

Sambutan dari warga Sungai Yu cukup menggalakan. Lebih 300 warga Sungai Yu hadir memeriahkan program ini. Pelbagai hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur. Kegembiraan jelas kelihatan diwajah para pengunjung program ini yang diadakan di Perkarangan rumah En. Abdul Razak Ismail.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Ali Yahya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani/Penyelaras Parlimen Sungai Petani. Ramai juga barisan AJK Bahagian Sungai Petani turut hadir memeriahkan lagi program ini.

Isnin, 7 Jun 2010

Persidangan tahunan Pemuda & Cawangan 2010

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Yu telah diadakan pada 6 Jun 2010, 3.30 Petang di Dewan Masyarakat Kg. Sungai Yu. Kehadiran amat menggalakan walaupun tanpa kehadiran ketuanya. Wakil Bahagian Sdr. Zaini Omar telah hadir bagi mengendalikan persidangan.

Selepas itu Persidangan UMNO Cawangan pula diadakan di tempat yang sama. En. Baharom Saad hadir sebagai wakil UMNO Bahagian. Kehadiran cukup menggalakkan melebihi kurom. Persidangan telah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Rabu, 2 Jun 2010

Bantuan/peruntukan 2010

Pada 27 Mei 2010, En. Ali Yahya, Penyelaras Parlimen Sungai Petani telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk En. Mat Isa Hassan yang memerlukan kemudahan ini, Sumbangan telah disampaikan melalui Ketua Cawangan, En. Azhar Sudin.

Disamping itu juga Penyelaras Parlimen turut menyumbang peruntukan untuk membaiki sebatang jalan yang rosak di kampung ini pada 1 Jun 2010.

Selasa, 1 Jun 2010

Perkembangan semasa UMNO cawangan

UMNO Cawangan telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasanya pada 30 Mei 2010 bertempat di rumah En. Abd. Razak Ismail (Ketua Penerangan) pada jam 9.00 malam. Seramai 15 AJK telah hadir disamping beberapa ahli jemputan ia itu Sdr. Abdul Wahab Abdullah ( Naib Ketua Pemuda ) dan En. Saidin Awang, En. Che Pie dan En. Md. Rashid Bakar (KEMAS)

Mesyuarat memutuskan Persidangan UMNO cawangan ini akan diadakan pada 6 Jun 2010, Jam 4.00 petang, bertempat di Dewan Masyarakat Kg. Sungai Yu.

Selain membincangkan perkembangan cawangan, mesyuarat juga menumpukan kepada persiapan untuk mengadakan Program Mesra Rakyat yang akan dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Sungai Petani dengan kerjasama UMNO cawangan ini. Mesyuarat juga telah melantik jawatankuasa kerja untuk program seperti berikut ;

1. Pengerusi - En. Azhar Sudin
2. Peralatan/tempat - En. Abd. Razak Ismail
3. Makanan & Minuman - En. Kasim Ahmad
4. Sukan rakyat/sukanika - En. Saad Darus
5. Jemputan - En. Ahmad Hashim
6. Aspek Wanita - En. Osman Darus
7. Cabutan bertuah - En. Azhar Sudin
8. Keselamatan/kebersihan - En. Abd. Wahab Abdullah

Program ini akan di adakan pada 12 Jun 2010 ( Sabtu ) Jam 2.30 petang, bertempat di Perkarangan rumah En. Abd. Razak Ismail. Antara aturcara yang telah diputuskan adalah seperti berikut ;

1. Sukan rakyat/sukanika - terbuka kepada semua warga Kg. Sungai Yu
2. Pertandingan membuat kuih - wanita sahaja
3. Hadiah cabutan bertuah