Jumaat, 28 Januari 2011

Aktiviti JKKK(P) tahun 2011

Aktiviti tahun ini dimulakan dengan mesyuarat bulanan yang telah berjaya diadakan pada 23 Januari 2011 (Ahad) Jam 4.15 Petang. Semua ahli hadir kecuali Tn. Hj. Ismail Harun (Meninggal dunia) dan Sdr. Muhamad Zaidi Ahmad (Telah berpindah dan tidak dapat dihubungi) Agenda mesyuarat berkisar kepada penambahbaikan yang perlu dibuat, aktiviti daftar pemilih yang perlu diaktifkan semula.

Perbincangan semasa mesyuarat berjalan lancar. Semua buah fikiran telah diminitkan. Manakala rombakan biro-biro dibuat bagi mengemaskinikan JKKK(P)kampung ini. Pengerusi juga memaklumkan, semua ahli telah diluluskan perlantikkannya oleh En. Ali Yahaya (Penyelaras Parlimen Sungai Petani). Perlantikan ini berkuatkuasa Januari 2011 hingga Disember 2012.

Khamis, 13 Januari 2011

Taklimat kemajuan JKKKP 2010

Majlis taklimat JKKKP sempena penyampaian elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKKP telah diadakan pada 29 Disember 2010 di Dewan Tebatan Banjir, Rantau Panjang. Taklimat kemajuan serta penambahbaikan struktur JKKKP telah di sampaikan oleh Tuan Hj. Arifuddin Habib (Pengurus Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan, KEDA). Beliau berharap JKKKP seluruh Kedah akan lebih aktif tahun depan. Majlis perasmian dilaksanakan oleh En. Ali Yahaya, Penyelaras Parlimen Sungai Petani/Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Pengerusi dan Setiausaha turut serta dalam majlis ini.

Mesyuarat JKKKP kampung ini telah diadakan pada 19 Disember 2010 merupakan mesyuarat terakhir untuk tahun 2010. Manakala minit mesyuarat telah diserahkan kepada Pejabat KEDA Zon 7 pada 29 Disember 2010.