Selasa, 19 April 2011

Aktiviti sepanjang Mac dan April 2011

Mesyuarat JKKKP telah diadakan pada 20 Mac 2011. Kehadiran amat menggalakan. JKKKP telah mengugorkan dua ahli iaitu Allahyarham Tuan Hj. Ismail Harun dan Sdr. Muhamad Zaidi Ahmad. Kekosongan ini diisi oleh Puan Anis Nazura bt. Ismail dan Puan Masri bt. Mohd Saad. Semua ahli hadir kecuali En. Harun Khamis. Mesyuarat berjalan lancar.

Pada 10 April 2011, Persidangan Pergerakan Pemuda Dan UMNO Cawangan telah diadakan bertempat di Dewan Masyarakat Kg. Sungai Yu. Dato' Mahmud Fauzi Saad, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sungai Petani telah merasmikan persidangan ini. Kehadiran ahli begitu menggalakan sekali.

17 April 2011 - Mesyuarat bulanan JKKKP telah diadakan. Pelbagai isu telah dibincangkan. Kebanyakan isu berkaitan persiapan menjelang PRU ke-13. Salah satu program yang bakal dilaksanakan adalah Program Ziarah yang bakal dimulakan pada bulan hadapan. Program ini memberi fokus untuk mendekatkan diri antara JKKKP dengan masyarakat setempat.