Selasa, 24 Mei 2011

Mesyuarat bulanan JKKKP - Mei 2011

Mesyuarat bulanan JKKK(P) telah berlangsung pada 21 Mei 2011. Pelbagai agenda dibincangkan. Salah satu agenda utama adalah menjalankan Kajian Sektor Penduduk sepertimana yang diarahkan oleh Pihak PDRM Daerah Kuala Muda. Semua ahli telah memberi kerjasama bagi memastikan semua borang kajian dikembalikan pada masa yang ditetapkan. Cuma ada sebahagian kecil penduduk yang enggan bekerjasama dalam kajian ini. Borang kajian akan diserahkan kembali kepada pihak PDRM pada hari ini.

Pihak JKKKP mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham En. Hussain Othman (63)yang telah kembali kerahmatullah pada 23 Mei 2011 (Isnin). Beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi JKKK, Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Cawangan semasa hayatnya. Takziah juga diucapkan kepada keluarga En. Ismail Ishak (85) dan En. Ibrahim Sulaiman (76) yang telah kembali kerahmatullah pada bulan lalu.