Khamis, 23 Jun 2011

Aktiviti Jun 2011

5 Jun 2011, Pengerusi dan Setiausaha hadir di Majlis Perhimpunan JKKKP Kedah yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Semasa majlis ini diadakan kursus pemantapan dan penyampaian watikah perlantikan. Majlis penutup dirasmikan oleh Dato' Hassan Malek, timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Majlis bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

19 Jun 2011, mesyuarat bulanan JKKKP telah diadakan di Dewan Masyarakat kampung ini. Kehadiran menggalakan. Beberapa isu semasa dan perkara perbangkit telah dibincangkan.

Pengerusi JKKKP juga telah memaklumkan bahawa seramai lima warga Sungai Yu telah berjaya mendapat peruntukan Yayasan 1MDB untuk baik pulih rumah. Semua rumah yang berjaya telah dibaik pulih sebaik sahaja permohonan tersebut diluluskan. Mereka-mereka yang berjaya adalah seperti berikut;

1. En. Sulaiman Bakar
2. Puan Mariam Musa
3. En. Ismail Taib
4. En. Harun Musa
5. En. Muhamad Salleh Samsudin.

Berikut disenarai ahli JKKKP bagi penggal 2011-2012

1. Pengerusi - En. Azhar bin Sudin
2. Setiausaha - En. Saad bin Darus
3. Bendahari - En. Kasim bin Ahmad
4. Ahli - En. Abdul Razak bin Ismail
5. Ahli - Sdr. Abdul Wahab bin Abdullah
6. Ahli - En. Ahmad bin Hashim
7. Ahli - Puan Anis Nazura bt. Ismail
8. Ahli - En. Hamzah bin Muhamad Ali
9. Ahli - En. Harun bin Khamis
10. Ahli - Sdr. Khairol Annuar bin Mohd Nanyan
11. Ahli - Puan Masri bt. Mohd Saad
12. Ahli - En. Mohd Muslim bin Saad
13. Ahli - Sdr. Mohd Radzi bin Murad
14. Ahli - En. Muhamad Bakri bin Bakar
15. Ahli - En. Osman bin Darus

Dari kiri kekanan - (Berdiri) Ahmad , Abd. Razak, Anis Nazura, Masri, Hamzah, Khairol Annuar, Kasim, Mohd Radzi - (Duduk) Osman, Mohd Muslim, Azhar - (Bersila) Harun, Saad & Muhamad Bakri