Khamis, 10 November 2011

Aktiviti sepanjang November 2011

Sempena menyambut Hari Raya Korban pada tahun ini, Pengerusi, Setiausaha dan Ahli JKKKP kampung ini telah menyumbang sebanyak 100 kilogram beras pulut dan diagih-agihkan kepada 50 buah rumah yang layak. Semua agihan dibuat sebelum hari raya Aidil Adha.

Manakala pada 07 November 2011, JKKKP telah menganjurkan Majlis Korban. RHB Bank telah menyumbang seekor lembu untuk dikorbankan. Program korban dilaksanakan di perkarangan rumah En. Abdul Razak Ismail. Ahli JKKKP dengan kerjasama penduduk berdekatan telah hadir menyempurnakan majlis. Daging korban diagih-agihkan kepada penduduk kampung ini.

Manakala pada 27.11.11, JKKKP telah mengadakan mesyuarat bulanannya di rumah En. Mohd Radzi Murad. 93% ahli hadir dalam mesyuarat ini. Pelbagai program dan aktiviti kampung dibincangkan untuk dilaksanakan.