Isnin, 27 Februari 2012

Cacatan Februari

Di dalam bulan ini tiada aktiviti dilaksanakan di kampong ini, namun mesyuarat bulanan JKKKP telah diadakan pada 19 Februari 2012, di Dewan kampong ini. Perbincangan banyak tertumpu kepada menambahbaikan logistik kampong ini. Penyelia Logistik telah berusaha memastikan logistik yang ada dinaik taraf sesuai dengan kehendak pengguna. Beliau telah membelanjakan semua pendapatan 2010-2011 bagi tujuan ini.

Kini musim kering, diwaktu petang kelihatan ramai kanak-kanak bermain layang-layang. Inilah suasana masakini.

Walimatul Urus kedua tahun ini diadakan oleh En. Harun Khamis pada 29 Februari 2012.