Khamis, 14 Jun 2012

Mei & Jun 2012

Sepanjang bulan Mei tidak banyak aktiviti yang dilaksanakan. Pada 19.5.2012 - En. Mat Isa b. Hasan (73 tahun) meninggal dunia.

Pada 27 Mei 2012, Mesyuarat bulanan diadakan di rumah Puan Anis Nazura Ismail, Jam 8.30 malam, semua ahli hadir. Pelbagai isu dibincangkan ia-itu;
1. Kerja-kerja melebarkan jalan kampong oleh kontraktor sedang dijalankan. Gambar 1 &Gambar 2)
2. Kini terdapat bibit-bibit perpecahan di kalangan penduduk disebabkan perbezaan ideologi politik.
3. Manakala Surau pula dijadikan tempat ceramah yang berunsur politik yang keterlaluan.

Gambar 1

Gambar 2

Surau ini sering digunakan untuk ceramah berunsur politik - terdapat banyak aduan penduduk mengenai perkara ini.

Pada 24 Jun 2012 (Ahad), Mesyuarat bulanan telah diadakan di rumah Puan Anis Nazura Ismail, Jam 8.30 malam. Semua ahli hadir. Topik utama perbincangan adalah mengenai air pasang besar yang melanda kampong ini pada 06 Jun 2012. Tiga buah rumah telibat ia-itu;
1. Rumah En. Azizan Abdullah
2. Rumah En. Nadzim Ismail
3. Rumah Puan Hamiyah Shafiee

Pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk tindakan selanjutnya. Namun begitu tindakan awal telah diambil oleh Pengerusi JKKKP, En. Azhar Sudin bersama Penyelaras DUN Pantai Merdeka, En. Mahamad Rajaee telah melawat mangsa yang terlibat. Tindakan susulan selanjutnya telah diajukan kepada Penyelaras Parlimen Sungai Petani, Tuan Hj. Ali Yahaya bagi membantu mangsa yang terlibat.

Mesyuarat juga telah membincangkan soal berkaitan majlis berbuka puasa atau "moreh". Keputusan muktamat mengenai perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat bulan depan.

Sepintas lalu mengenai gambaran terkini mengenai kampong ini.



Suasana terkini di kawasan bendang - 10 Jun 2012

Jalan yang menuju sawah padi. Ini merupakan jalan digunakan oleh petani untuk kesawah mereka. Semua hasil pertanian dikeluarkan melalui jalan ini. Jalan ini adalah dibawah kawalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).