Jumaat, 10 Ogos 2012

Catatan bulan Merdeka - Janji ditepati

SELMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA - 31 OGOS 2012 (JUMAAT)

Pada 26 Ogos 2012, mesyuarat bulanan JKKKP telah diadakan. Agenda banyak berkisar mengenai aktiviti semasa Ramadhan dan aktiviti menyambut Adilfitri. Persediaan untuk mengadakan Jamuan Raya Aidilfitri 2012 JKKKP yang bakal diadakan pada 9.9.2012 nanti. Terima kasih kepada pihak yang sudi memberi sumbangan kepada warga Sungai Yu yang layak bagi memeriahkan lagi suasana Raya tahun ini.




Pada tahun ini Aidil Fitri dijangka dirayakan pada 19 Ogos 2012 (Ahad). Namun kini ada warga Sungai Yu yang telah menetapkan hari Walimatul Urus untuk anak masing-masing selepas Aidil Fitri. Antaranya ;

1. 22 Ogos 2012 - Puan Fauziah Saiedin ( anak perempuan)
2. 25 Ogos 2012 - Puan Siti Mariam Musa (anak perempuan)
3. 26 Ogos 2012 - En. Osman Darus (anak lelaki)