Selasa, 9 Oktober 2012

Oktober 2012



 


Korban di rumah En. Abd. Razak Ismail 27.10.12
 
Korban di rumah En. Rosli Mohd Salleh - 27.10.12
Sempena Hari Raya Korban tahun ini, sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan pada hari raya kedua, 27.10.12. En. Abd. Razak Ismail telah mengorbankan seekor lembu dimana sebahagiannya dimasak untuk kenduri kesyukuran/tahlil dan daging yang selebihnya diagih-agihkan kepada penduduk kampung ini. Manakala En. Rosli Mohd Salleh juga mengorbankan seekor lembu dimana keseluruhan daging korban diagih-agihkan kepada warga Sungai Yu.

*************************************************************

Gambar - Ihsan En. Rashid Bakar 

Pengerusi JKKKP, En. Azhar Sudin bersama 10 orang penduduk terutama yang tinggal berhampiran laut turut hadir dalam program ini yang diadakan pada 13.10.12 (Sabtu), jam 2.00 petang, di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah.


Gambar - ihsan Dee BA
Ditepi laut inilah tsunami pernah mengganas 


Gambar - ihsan Dee BA
Aktiviti semasa - memancing ikan sembilang di tepi laut di kampung ini

__________________________________


Pada 11.10.2012 (Khamis) Program Salam Sayang di adakan di rumah En. Osman Darus/Puan Fatimah Ahmad. Program ini adalah anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dengan kerjasama UMNO Cawangan Sungai Yu. Program bermula jam 2.30 petang. Seramai lebih 50 orang telah hadir. Program bermula dengan bacaan yassin dan tahlil yang dipimpin oleh En. Mohd Muslim Saad (Imam Surau Sg. Yu). Terima kasih kepada Puan Anis Nazura Ismail, Puan Masri Mohd Saad dan Puan Fatimah Ahmad yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Juga terima kasih kepada Pergerakan Wanita Bahagian yang memilih cawangan ini untuk diadakan program tersebut. Selain dari AJK Wanita UMNO Bahagian, AJK Bahagian iaitu En. Abu Bakar Ahmad dan En. Khairol Anuar Zainol turut hadir memeriahkan majlis dimana En. Abu Bakar telah berkesempatan menyampaikan ucapan ringkasnya dimajlis ini sebagai mewakili UMNO Bahagian. AJK UMNO Cawangan yang turut hadir ialah En. Ali Darus, En. Mohd Muslim Saad, En. Ahmad Hashim dan En. Saad Darus



Sekitar Program Salam Sayang di Kg. Sungai Yu - 11.10.2012