Selasa, 19 Mac 2013

Catatan bulan Mac 2013




Gambar sekitar mesyuarat JKKKP Mac 2013

Mesyuarat JKKKP bulan Mac telah diadakan pada 17 Mac 2013 bertempat di rumah En. Abdul Razak Ismail, Jam 8.30 malam. Pelbagai perkara dibincangkan. Fokus utama adalah gerak kerja Pilihan Raya. Disamping itu juga masalah kampung turut diberi perhatian. 

20.3.13 - JKKKP/UMNO Cawangan telah mengadakan gerak kerja Pilihan Raya di Bilek Gerakan PDM Bukit Kechil, KKM dengan kerjasama Puteri UMNO. Tugasan ini telah disempurnakan oleh JKKKP/UMNO yang diwakili oleh En. Abd. Razak Ismail, En. Kasim Ahmad, En. Mohd Radzi Murad, En. Osman Darus, En. Muhamad Bakri Bakar, En. Saad Darus dan veteren UMNO En. Kamis Awang.

Aktiviti semasa Mac 2013





Pelancaran Karnival Mini RTC di KEDA Bukit Tukang Jusoh telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ali Yahaya, Penyelaras Parlimen Sungai Petani pada 24.3.2013.Turut hadir Tuan Hj. Arifuddin Habib, Timbalan Pengurus Besar KEDA. Pengerusi JKKKP Sungai Yu, En. Azhar Sudin turut terlibat sebagai AJK sambutan pelancaran karnival ini.



Bilek Gerakan PDM Bukit Kechil, KKM (17.3.2013)

Bendera BN mula dinaikan di kampung ini (17.3.2013)

Sepanjang perjalanan dari Kampung Sungai Yu ke Bilek Gerakan PDM Bukit Kechil, KKM yang terletak di Kampung Teluk Amboi, bendera-bendera BN mula dinaikkan. Bilek Gerakan PDM telah mula beroperasi. Di dalam bilek PDM belum di lekatkan semua carta organisasi PDM seperti yang sepatutnya.