Selasa, 9 Julai 2013

Catatan Jun & Julai 2013

23.06.2013 - Mesyuarat bulanan JKKKP telah di adakan dirumah En. Azhar Sudin, jam 8.30 malam. Mesyuarat banyak membincangkan perkara berkaitan aktiviti selepas PRU 13.

28.06.2013 - Lawatan sambil belajar ke Kedah Utara dan Perlis. Seramai 35 dewasa dan 15 kanak-kanak warga Sungai Yu turut serta. Peserta di bawa melawat Muzium Padi, Pusat Pembuatan Kristal di Gunung Keriang, Kedah. Selepas itu peserta di bawa melawat Gua Kelam & Padang Besar di Perlis. Destinasi terakhir adalah Kuala Perlis sebelum bertolak pulang. Rombongan diketuai En. Azhar Sudin dan dibantu oleh Puan Anis Nazura bt. Ismail.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

07.07.2013 - Taklimat persediaan persidangan cawangan di MPSPK, Tikam Batu. En. Azhar Sudin (Ketua Cawangan) hadir dalam majlis tersebut. Majlis tersebut bermula jam 3.00 petang.

07.07.2013 - Gotong royong membersihkan Surau diadakan. Gotong royong bermula selepas solat Asar. Gotong royong di ketuai oleh Imam Surau, En. Mohd Muslim Saad.

07.07.2013 - Mesyuarat Penaja Pergerakan Wanita UMNO Caw. Mesyuarat diadakan pada jam 5.30 petang di Dewan Kampung Sungai Yu. Mesyuarat dirasmikan oleh En. Mohd Radzi Murad (Timb. Ketua Caw,) Turut hadir, En. Saad Darus & En. Abd. Razak Ismail. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Puan Anis Nazura bt. Ismail & Puan Aishah bt. Yaacob telah dipilih sebagai Ketua & Naib Ketua Wanita Cawangan.

Bermula 10.7.2013 (1 Ramadhan), Majlis berbuka puasa telah diadakan di Surau kampung ini. Majlis dikendalikan oleh penduduk kampung mengikut giliran yang telah ditentukan oleh pihak pentadbir Surau.

NAJIB Tun Razak memberi sumbangan kepada anak-anak yatim sambil diiringi Mukhriz Tun Dr. Mahathir sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kedah di Dewan Wawasan Kubang Pasu, Kedah - sumber Utusan

21.07.2013 - Pengerusi dan Setiausaha JKKK turut hadir dalam majlis tersebut. Antara intipati ucapan beliau ;
1. Tempoh jangka hayat perkhidmatan JKKK yang sepatutnya tamat pada Jun lalu akan dipanjangkan sehingga akhir tahun.
2. Model baharu JKKK akan diperkenalkan mulai tahun hadapan, antara lain menetapkan syarat had umur maksimum yang munasabah bagi individu berkhidmat iaitu tidak lebih daripada 65 tahun.
3. Elaun mesyuarat untuk JKKK juga akan kita kaji semula dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan. - Utusan