Isnin, 30 September 2013

September 2013

Bermula 16.9.13, aktiviti politik dipenuhi oleh kempen oleh calon-calon yang bertanding di peringkat UMNO Bahagian dan sayap-sayapnya. Wakil-wakil dari kampung ini juga tidak terkecuali mengambil bahagian. Mesyuarat Sayap-sayap UMNO akan diadakan pada 12.10.13, manakala Bahagian pula akan mengadakan mesyuarat pemilihannya pada 19.10.13.

29.9.13 (Ahad) Mesyuarat JKKK kampung ini telah di adakan dirumah En. Azhar Sudin. Banyak perkara dibincangkan terutama masalah semasa kampung ini. Setelah berbincang, kita cuba untuk mengatasi masalah-masalah tersebut demi kepentingan dan keselamatan warga Sungai Yu.