Rabu, 23 Oktober 2013

Oktober 2013

12.10.2013 - Mesyuarat Perwakilan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani. Ketua Pemuda, Sdr. Zulkifli Abdul Samad bersama Naib Ketua Sdr. Mohd Fauzi Mohd Shahib, Muhd Fauzi Latif (Pen. Setiausaha) berserta dua orang wakil iaitu Sdr. Muhd Haffis Jamaludin & Sdr. Abd. Wahab Abdullah telah hadir di dalam mesyuarat tersebut. Manakala Puan Anis Nazura Ismail hadir sebagai pemerhati di Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian yang diadakan di bangunan Seri Kenangan, Sungai Petani.

16.10.2013 - Majlis Korban sempena Aidil Adha di adakan oleh En. Nadzim bin Hj. Ismail - Semua kerja-kerja dilakukan secara gotong royong oleh penduduk kampung.

19.10.2013 - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian - En. Azhar bin Sudin (Ketua Cawangan) hadir bersama Ketua Pemuda Sdr. Zulkifli bin Abd. Samad dan dua orang wakil iaitu En. Mohd Radzi Murad (Timbalan Ketua Cawangan) dan En, Saad Darus (Setiausaha Cawangan). Mesyuarat kali ini memilih Dato' Mejar(B) Abdul Rahim Saad sebagai Ketua Bahagian, Puan Shahanim Mohammad Yusof sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan En. Mohd Radhi Rejab sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian. Manakala ADUN Pantai Merdeka, YB Tuan Hj. Ali bin Yahaya gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Bahagian.

20.10.2013 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan di rumah En. Saad Darus. Mesyuarat bermula jam 8.45 malam. Banyak isu-isu berkaitan pembangunan kampung di bincangkan. Perubahan kepimpinan UMNO Bahagian juga mendapat perhatian ahli-ahli yang hadir.