Rabu, 13 November 2013

November 2013

24.11.2013 - JKKK telah mengadakan mensyuarat bulanan di rumah En. Khairol Annuar Mohd Nanyan, Jam 8.45 malam. Kehadiran menggalakan. Pelbagai isu semasa dibincangkan.

24.11.2013 - Kenduri kahwin di rumah En. Abu Seman Saad (Anak perempuan) - persiapan melalui "Catering"
22.11.2013 - Pergerakan Wanita kampung ini turut terlibat dalam Program Kacau Bubur Asyura Perdana anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani yang diadakan di Taman Permatang Katong, Kuala Muda, Kedah. Wanita Zon Pantai Merdeka telah mendapat tempat pertama sempena program tersebut.



Pasukan Zon Pantai Merdeka
09.11.2013 - Program Mobile CTC - Pusat Tranformasi Komuniti Bergerak telah dilancarkan di Pantai Merdeka. Program dirasmikan oleh Datuk Tajul Urus Md. Zain, Exco Kerajaan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Ketua Cawangan/Pengerusi JKKK kampung ini terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Program. Puan Che Sham bt. Dahalan telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan gubahan. Ramai warga Sungai Yu yang mengambil bahagian pada hari tersebut






Pic by Ruzita Khamis