Jumaat, 6 Disember 2013

Catatan Disember 2013

27.12.2013 - Al-Fathihah...En. Abd. Karim bin Ibrahim  (45th) telah meninggal dunia awal pagi hari dan dikebumikan selepas solat Jumaat. Beliau meninggalkan 3 orang anak ia-itu Mohd Ridzuan (19th), Mohd Rafiudin (15th) & Nurul Huda Nabilah (13th) yang kini hilang tempat bergantung. Terima kasih En. Mohd Muslim Saad dan penduduk kampung ini yang menguruskan jenazah Allahyarham. [Terkini - Nurul Huda Nabilah memasuki tingkatan 1 di SMK Kota Kuala Muda & tinggal di asrama sekolah berkenaan]

22.12.2013 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan jam 8.45 malam bertempat di rumah En. Mohd Radzi Murad. Kehadiran menggalakkan.








Sekitar Mesyuarat bulanan JKKKP/JKKK
15.12.2013 - Mesyuarat Biro Keahlian UMNO Cawangan Sungai Yu telah diadakan bertempat di rumah Ketua Cawangan, En. Azhar Sudin. Turut hadir Pengerusi Biro Keahlian , En. Mohd Radzi Murad, En. Saad Darus (Setiausaha), En. Kasim Ahmad dan Puan Anis Nazura Ismail (Ketua Wanita)

12.12.2013 - Al-Fathihah....Seorang warga emas, En. Ahmad bin Ismail telah meninggal dunia. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dirahmati Allah hendaknya. Maklumat awal diterima daripada En. Abdul Razak Ismail & En. Abu Seman Saad.





Naik taraf jalan taliair di kampung ini




Suasana terkini di kampung