Selasa, 18 Februari 2014

Program Mesra Rakyat 2014 - Ziarah Exco ke kampung ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan/Pembangunan Luar Bandar/Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah merangkap Pengerusi Program Mesra Rakyat 2014 dan Pengerusi Jawatankuasa Agama/Hal Ehwal Masyarakat India & Siam/Sumber Tenaga Manusia & Pelancongan, Dato' Mohd Rawi Abd. Hamid turut singgah dikampung ini, sempena program tersebut sebagai mewakili YAB Dato' Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah) pada 16 Februari 2014. Pihak JKKK diminta memilih 2 buah rumah sahaja untuk dilawati memandangkan masa yang diperuntukan adalah terhad. Namun atas ihsan kita berjaya menambah sebuah lagi rumah untuk dilawati. Diantara rumah-rumah yang dilawati adalah rumah Puan Saayah bt Ahmad, Puan Asiah bt. Ahmad dan Puan Zaleha bt. Darus. Terima kasih kepada Datuk Mohd Tajuddin Abdullah & Dato' Mohd Rawi Abd. Hamid kerana memberi sumbangan kepada keluarga yang dilawati termasuk sebuah kerusi roda kepada Puan Zaleha bt. Darus. (Gambar ihsan dari YB Datuk Mohd Tajuddin Abdullah)





Di rumah Puan Saayah bt. Ahmad

YB Mohd Tajuddin bertanya sesuatu kepada Puan Saadiah Shafie


YB Mohd Rawi bersalaman dengan Puan Aishah bt. Ahmad




Di rumah Puan Aishah bt. Ahmad

YB Mohd Tajuddin & YB Mohd Rawi bertanyakan sesuatu kepada Puan Aishah bt. Ahmad

YB Mohd Tajuddin & YB Mohd Rawi di rumah Puan Zaleha bt. Darus




Sekitar di rumah Puan Zaleha bt. Darus
16.02.2014 (9.00 Malam) - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan bertempat dirumah En. Mohd Muslim Saad. Kehadiran menggalakan. Banyak isu-isu semasa diketengahkan terutamanya soal-soal berkaitan gejala-gejala yang kurang sihat yang menular di kampung ini.