Isnin, 18 April 2016

April, Mei & Jun 2016

04-06-16 - Beberapa pihak telah melakukan lawatan ke tapak hakisan laut di kampung ini. Dato' Hj. Abdul Rahim Hj. Saad, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani melihat sendiri kawasan yang terlibat dengan hakisan laut.







22-05-2016 - Ombak kuat menyebabkan hakisan laut semakin membesar. Pada 24.05.2016 pihak Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak-pihak yang berkaitan telah datang melihat sendiri aduan tersebut. Terima kasih dari kami atas keperihatinan kepada pihak yang berwajib....harapan kami masalah ini dapat diselesaikan segera.

















01.05.2016 - Persidangan Pemuda, Wanita & Cawangan telah diadakan. Persidangan bermula jam 3.00 petang dan ditangguhkan jam 5.30 petang. Kehadiran melebihi Kuarum.









28.04.2016 - Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Hj. Abdul Rahman Ismail telah melakukan lawatan kekampung ini. Lawatan tersebut disertai Penghulu Mukim Bukit Meriam, En. Mohd Nazri bin Ahmad. Pengerusi JKKK, En. Azhar Sudin dan penduduk kampung ini menyambut ketibaan Tuan Pegawai Daerah sekitar jam 3.00 petang. Dalam pertemuan tersebut, Tuan Hj. Abdul Rahman banyak menyentuh mengenai prosedur yang perlu dibuat dalam sesuatu permohonan. 

17.04.2016 - ADUN Pantai Merdeka, Tuan Hj. Ali bin Yahaya bersama dengan petugas "Ziarah Barakah Negeri Kedah" telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk dalam DUN Pantai Merdeka. Lima penduduk kampung ini telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut. Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah atas sumbangan tersebut.