Selasa, 19 Julai 2016

Julai & Ogos 2016

31.08.2016 - Sambutan dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

27.08.2016 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan - fokus sambutan Hari Kemerdekaan ke-59

30.07.2016 - Mesyuarat bulanan JKKK - fokus kepada hakisan pantai. Pihak JKKK telah mengunakan semua saluran yang ada bagi mengatasi masalah ini. Pelbagai agensi yang berkaitan telah dimaklumkan, manakala pihak yang berkenaan telah melawat kawasan yang terlibat dengan hakisan ini. Hakisan makin parah. Beberapa buah rumah lagi dijangka akan dilanda hakisan pantai ini dalam masa terdekat disebabkan air pasang besar.


Kejadian air pasang besar pada 18.07.2016...memburukkan lagi keadaan persisiran pantai kampung ini.







11.07.2016 -  Lawatan YB Ali Yahaya, ADUN Pantai Merdeka bersama Jurutera Kanan dan Pegawai-pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Muda....berikutan fenomena air pasang besar yang mengancam pantai sepanjang 8.0 Kilometer dari Kuala Tepi Sungai hingga ke Pulau Sayak.