Selasa, 13 Disember 2016

Catatan November & Disember 2016

Kesan Fenomena Air Pasang Besar di pantai kampung ini - Gambar dirakamkan sebelum dan selepas kejadian. Terdapat perbezaan yang agak ketara kepada struktur pantai selepas dilanda air pasang besar 2016.



Selepas Fenomena Air Pasang Besar 2016




Sebelum berlakunya Fenomena Air Pasang Besar 2016




04.12.2016 - Pihak KKLW telah membina jalan kampung merentasi tanah lot kampung ini. Dengan adanya jalan ini, ianya akan memberi kemudahan kepada penduduk berhampiran kawasan tersebut.




19.11.2016 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan. Bulan ini tidak ada lagi fenomena Air Pasang Besar yang melanda kampung ini. Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai penggunaan jalan kampung ini oleh kontraktor yang terlibat dengan projek pembinaan hakisan pantai di Kampung Sungai Meriam. Pihak JKKK telah mengambil tindakan yang sewajarnya, memandangkan terdapat kerosakan jalan di kampung ini yang digunakan oleh pihak terbabit.