12.08.2017 - YB Dato' Hj. Ali bin Yahaya ADUN Pantai Merdeka telah merasmikan upacara pecah tanah di persisiran pantai laut di Kampung Sungai Meriam bagi membina benteng hakisan ombak laut. Turut serta Tuan pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Hj. Md. Nordin bin Yahya, pegawai-pegawai dari Jabatan Parit dan Saliran Daerah Kuala Muda dan penduduk kawasan yang terlibat. Menurut En. Azhar bin Sudin, Pengerusi JKKK Kampung ini, kampung ini juga mengalami masalah haikisan pantai yang serius. Beliau telah meminta jasa baik YB ADUN agar mempercepatkan pembinaan benteng penahan air laut di kampung ini. Ini adalah kerana 4 buah rumah berada hanya lebih kurang 2 meter dari pantai. Hakisan berlaku dengan pantas. Tanpa tindakan segera rumah-rumah tersebut mungkin akan runtuh.