Rabu, 13 September 2017

September 2017

26.09.2017 - Kerja-kerja membina benteng hakisan pantai di kampung ini telah dijalankan. Pihak berwajib telah meluluskan peruntukan membina benteng  sepanjang 1 km di kampung ini. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga peruntukan pembinaan benteng ini diluluskan.




24.09.2017 - Jalan JPS bersempadanan antara Kampung ini dengan Kg. Sungai Meriam telah pecah, air laut mengalir masuk ke penempatan penduduk. Alhamdulillah pihak JPS telah bertindak segera mengarahkan kontraktor membaik pulih jalan tersebut.

13.09.2017 - Benteng penahan air pasang telah siap dijalankan. Terima kasih YB Dato' Ali Yahaya, Pihak JPS Kuala Muda yang telah mengambil tindakan segera bagi membendung hakisan menjadi lebih teruk.






10-08-2017 - Hakisan pantai di kampung ini semakin kritikal. Pada 08092017 fenomena air pasang besar sekali lagi melanda dan menghakis pantai di kampung ini. Terkini tapak rumah En. Mohd Shukri Saad telah dihakis. Keadaan cukup kritikal. Pihak JKKK telah mengambil langkah pro-aktif mengatasi masalah ini dengan menghubungi pihak yang berwajib.






Suasana semasa air surut




Suasana semasa air pasang