Jumaat, 14 Mei 2010

Taklimat menghadapi Persidangan UMNO Cawangan 2010

Satu majlis taklimat menghadapi Persidangan UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Sungai Petani telah di adakan pada 02 Mei 2010 (Ahad), bertempat di Dewan MPSP(K) Tikam Batu. Taklimat tatacara persidangan telah diberikan oleh En. Shuib Taib, Setiausaha UMNO Bahagian dan penerangan lanjut mengenai perkembangan semasa telah disampaikan oleh En. Ali Yahya, Ketua UMNO Bahagian.

Ketua Cawangan, En. Azhar Sudin dan Setiausaha Cawangan, En. Saad Darus turut hadir dalam majlis ini. Majlis bermula jam 3.20 petang dan berakhir jam 5.30 petang.

Tiada ulasan: