Isnin, 3 Oktober 2011

Aktiviti Ogos dan September


Jalan kampong yang telah dibaiki 2011

Sepanjang bulan Ramadhan mesyuarat JKKKP tidak diadakan, namun aktiviti tetap diteruskan. Antara aktiviti adalah menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada yang layak. Pengerusi JKKKP telah memberi sumbangan kepada 09 penduduk, manakala Gabungan JKKKP DUN Pantai Merdeka memberi satu sumbangan. Skuad Sayang Wanita UMNO (03), Puteri UMNO Bahagian (02), dan Belia Negeri (05). Semua sumbangan diagihkan oleh Pengerusi JKKKP dengan bantuan ahli JKKKP kampung ini.


Pihak JKR Daerah Kuala Muda telah membaiki jalan kampung sejauh 0.8KM atas jasa baik Penyelaras Parlimen Sungai Petani, En. Ali Yahaya pada bulan Ogos 2011.

Mesyuarat JKKKP kali ke-7 telah diadakan pada 25 September 2011, seramai 14 ahli hadir. Mesyuarat membincangkan program kampung ini untuk masa depan. Begitu juga penyelesaian beberapa permasalahan yang timbul turut dibincangkan. Banyak penambah baik akan terus dilakukan demi untuk kebaikan penduduk kampung ini.

Tiada ulasan: