Selasa, 27 Disember 2011

Aktiviti akhir tahun 2011

Sepanjang bulan Disember 2011 beberapa aktiviti telah dilaksanakan oleh JKKKP kampung ini.

1. 16 Disember 2011 (Jumaat) - Majlis menyediakan bubur Asyura sempena Awal Muharram 1433H diadakan diperkarangan rumah Puan Timah Sulaiman. Penyediakan bubur asyura diketuai oleh Puan Anis Nazura dan Puan Masri Mohd Saad. Mereka telah dibantu oleh 20 wanita kampung ini. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan selesai jam 1.00 tengahari. Bubur ini diagih-agihkan kepada semua warga Sungai Yu. Manakala jam 3.00 petang majlis bacaan doa' selamat diadakan diketuai oleh Mohd Muslim Saad. Turut hadir Tuan Hj. Ali Yahaya (Penyelaras Parlimen Sungai Petani) dan AJK UMNO Bahagian Sungai Petani. Semua perbelanjaan ditanggung oleh JKKKP Sungai Yu.

2. Mesyuarat bulanan JKKKP diadakan pada 25 Disember 2011 (Ahad). Kehadiran begitu menggalakan. Terima kasih kepada JKKKP Sungai Yu yang telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Malah kerjasama JKKKP dan warga Sungai Yu amat baik dan cukup menggalakan.

Tiada ulasan: