Isnin, 5 Mac 2012

Mac 2012

                   Dato' Hasbullah bin Osman, ADUN Temenggor, Grik, Perak

JKKKP/UMNO Cawangan terlibat secara langsung dalam Program Pemukiman ADUN-ADUN seluroh Malaysia di Peti Undi Sekolah Kebangsaan Bukit Kechil, Kota Kuala Muda, Kedah. Pengerusi JKKKP kampong ini, En. Azhar Sudin salah seorang AJK induk dalam program ini. Peti undi ini mempunyai tujuh kampong dan sebuah perkampong baru KEDA Tukang Jusoh. Program ini bermula 2 Mac hingga 4 Mac 2012.

2 Mac 2012 - Program tahlil dan doa' selamat di adakan di Surau KEDA Tukang Jusoh (Selepas solat maghrib) - Pengerusi & Setiausaha turut hadir.

3 Mac 2012 - (Pagi) Minum pagi bersama YB ADUN, dikuti dengan lawatan ke kampong-kampong, (Malam) Majlis makan malam bersama YAB DS Najib di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

4 Mac - (Pagi) Minum bersama YB, diikuti melawat kampong, (Tengahari) Majlis penutup di Dewan Kampong Telok Amboi, Kota Kuala Muda.

Terima kasih Dato' Hj. Hasbullah Osman, ADUN Temenggor, Grik Perak merangkap Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke tempat kami.

Walimatul Urus ke-3 tahun ini diadakan oleh En. Mokhtar Ibrahim pada 10 Mac 2012 sempena perkahwinan anak perempuannya.

17 Mac 2012 - Kenduri 1Malaysia anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian diadakan di Kota Kuala Muda. Turut hadir Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanifah, Pengerusi UMNO Negeri dan Tuan Hj. Ali Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. En. Azhar Sudin, Ketua UMNO Cawangan Sungai Yu dan En. Kasim Ahmad, Bendahari UMNO Cawangan turut serta dalam majlis ini.

24 Mac 2012 - Mesyuarat JKKKP diadakan di rumah En. Khairol Annuar Mohd Nanyan, turut hadir En. Halim, Pengerusi Peti Undi SK Bukit Kechil. Fokus mesyuarat menjurus kearah persiapan PRU ke-13. Gerak kerja mula dijalankan.

Tiada ulasan: