Isnin, 9 Julai 2012

Catatan Julai 2012

21 Julai 2012 (Sabtu) - Majlis berbuka puasa telah diadakan di Surau Al-Ibramsah Kg. Sungai Yu anjuran UMNO/JKKKP kampong ini. Penyelaras Parlimen Sungai Petani, Tuan Hj. Ali Yahaya bersama barisan AJK Bahagian turut hadir dalam majlis tersebut. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada 20 orang penduduk kampong ini. Sebelum berbuka diadakan majlis tahlil yang diketuai oleh En. Mohd Muslim Saad.

Terima kasih kepada Penyelaras Parlimen kerana sudi berbuka bersama kami & terima kasih kepada semua rakan-rakan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Kehadiran amat menggalakan.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan 4133H kepada semua warga Kg. Sungai Yu

Mesyuarat bulan JKKKP telah diadakan pada 15 Julai 2012 (Ahad), jam 8.40 malam di rumah En. Mohd Muslim Saad. Semua ahli hadir kecuali Puan Masri Mohd Saad. Antara topik utama;
1. Masalah giliran "moreh" di masjid
2. Giliran "moreh" di Surau
3. Perbincangan mengenai permohonan penduduk kampong untuk mendapatkan bantuan dari JKM dan lain-lain agensi kerajaan Persekutuan.
4. Jalan kampong berhampiran titi simen telah siap di bina penghujung bulan Jun 2012.
5. Pada 25 Jun 2012 - Ceramah Israk Mikraj telah di adakan di Surau kampong ini. Ceramah di sampaikan oleh Tuan Hj. Ishak Safar, Imam Masjid Qariah Kg. Bukit Kechil. Kehadiran amat menggalakan.

Gambaran terkini mengenai geografi kampong ini

Hakisan pantai agak serius di sepanjang persisiran pantai kampong ini. Banyak pokok api-api tumbang. Fenomena ini menyebabkan air laut terutama semasa air pasang besar akan melanda rumah-rumah di sekitar persisiran pantai dengan begitu cepat. Peristiwa 06.06.2012 yang lalu menyebabkan tiga buah rumah ditenggelami air laut.


 
Persisiran pantai Kg. Sungai Yu - Gambar dirakamkan dari Kedai Pak Su, Pulau Sayak


 
Persisiran pantai kampong ini dari jarak dekat - Julai 2012



Projek perlindungan dan pemeliharaan persisiran pantai di kampong ini



Tiada ulasan: