Isnin, 3 September 2012

September 2012


Mesyuarat bulanan JKKKP telah diadakan pada 16 September 2012 (jam 8.30 malam dirumah Puan Masri Mohd Saad). Kehadiran menggalakan. Agenda tertumpu kepada laporan Jamuan Aidilfitri 2012.

En. Hasanuddin Dahalan telah mengadakan Walimatul Urus (anak lelaki) dirumahnya pada 16 September 2012 

Sekitar Jamuan Raya Aidilfitri JKKKP Kg. Sungai Yu - 9.9.12





Tuan Imam Hj. Ishak Safar bersama tetamu






Tuan Hj. Ali Yahaya bersama tetamu

Persidangan UMNO Bahagian telah di adakan di Institut Kemahiran MARA Sungai Petani pada 8hb September 2012 (Sabtu). Ketua Cawangan, En. Azhar Sudin dan En. Mohd Radzi Murad (Wakil) turut hadir, manakala Sdr. Mohd Zaidi Ahmad (Ketua Pemuda) dan Sdr. Khairol Annuar Mohd Nanyan (Wakil) tidak dapat hadir. Ketua Cawangan melaporkan, persidangan berjalan dengan lancar. Tahniah kepada rakan-rakan yang telah terpilih untuk menjadi Wakil UMNO Bahagian ke Persidangan UMNO Malaysia (G7).

Pada 9hb September 2012 (Ahad) JKKKP Sungai Yu telah mengadakan Jamuan Raya. Sambutan dari warga Sungai Yu amat menggalakan. Terima kasih atas sokongan semua warga Sungai Yu bagi memeriahkan majlis tersebut. Tetamu jemputan yang turut hadir adalah Ketua Bahagian/Penyelaras Parlimen Sungai Petani, Tuan Hj. Ali Yahaya, Timbalan Ketua Bahagian, En. Sabri Mahmud, Ketua Pemuda Bahagian, Sdr. Azhar Mahmud, Ahli Jawatan Kuasa Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri. Rakan-rakan dari kampung yang berjiran, Pak Long Elias, En. Mohd Zahir Hassan dan ramai lagi rakan-rakan yang turut memeriahkan majlis ini. Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis ini.


Tiada ulasan: