Isnin, 10 Disember 2012

Disember 2012

Sempena awal Muharram 1434H, JKKKP telah mengadakan Program Mengacau Bubur Asyura di kampung ini. Program diadakan pada 7hb Disember 2012 (Jumaat) bertempat di Perkarangan rumah En, Hamzah Ali. Lebih kurang 20 orang wanita telah menyertai program ini. Program ini dimula seawal jam 9.00 pagi dan siap lebih kurang jam 11.30 pagi. Manakala majlis tahlil pula diadakan selepas Solat Jumaat. Tahlil di pimpin oleh En. Mohd Muslim Saad disertai penduduk kampung ini. Program ini diselenggarakan oleh Puan Anis Nazura Ismail dan Puan Masri Mohd Saad.










16.12.12 (Ahad) Mesyuarat bulanan JKKKP telah diadakan di rumah En. Muhamad Bakri Bakar, jam 8.45 malam. Kehadiran menggalakan. Banyak isu semasa dibincangkan.

20.12.12 - Pengerusi & Setiausaha JKKKP telah hadir dalam Himpunan JKKKP Kedah siri ke-5 di Napoh, Jitra. Turut hadir DS Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Perhimpunan ini telah mengumpulkan hampir 3,800 Pengerusi & Setiausaha JKKKP seluroh Kedah. Keseluruhan negeri Kedah mempunyai sebanyak 1,900 JKKKP yang aktif.

Tiada ulasan: