Isnin, 14 Julai 2014

Catatan bulan Jun & Julai 2014


30.07.2014 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan. Ini adalah kerana mesyuarat JKKK tidak dijalankan semasa bulan Ramadhan. Kehadiran kurang memuaskan kerana masih ramai ahli JKKK masih menyambut Aidil Fitri. Namun mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan cukup koarum. Pengerusi melapurkan aktiviti semasa bulan Ramadhan dan lain perkembangan semasa.





Mulai 29 Jun 2014 (Ahad) - Umat Islam mula berpuasa. Antara aktiviti bulan Ramadhan adalah seperti berikut;


13.7.2014 -  Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pemuda UMNO Bhg Sg Petani bersama 8 cawangan UMNO Zon Pantai Merdeka, dan menyampaikan sumbangan kepada 25 orang penerima bantuan. Majlis diadakan di Surau Kg Pantai Merdeka. Terima kasih kepada Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan Zon Pantai Merdeka.

Sumber - Sdr. Muhammad Effendi Mahsum (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani)
______________________________________________________________________

22.06.2014 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan di rumah En. Kasim Ahmad. Seramai 12 ahli telah hadir dalam mesyuarat kali ini. Banyak perkara mengenai kampung dibincangkan.

Tiada ulasan: