Selasa, 20 Januari 2015

Januari 2015


Tahun baru menjelma lagi. Kini petani/pesawah telah mula menuai padi telah telah masak. Proses penuaian dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan depan. Awal tahun telah menerima jumlah hujan yang agak banyak. Proses mengeringkan sawah mengambil masa melebihi dua minggu. Menjelang pertengahan bulan ini, sawah padi mulai kering ditambah dengan cuaca panas. Menurut para pesawah proses akan berjalan lebih lancar sekiranya sawah/bendang telah kering. Namun hasil tuaian musim ini dijangka akan menurun berbanding musim lepas kerana serangan penyakit padi yang agak serius.

17.01.2015 - Mesyuarat pertama JKKK untuk tahun ini telah diadakan. Mesyuarat diadakan di rumah Saad bin Darus. Semua ahli hadir dalam mesyuarat kali ini. Banyak perkara dibincangkan terutama yang berkaitan kebajikan untuk warga emas.

 Muhd Latif, Khairol Annuar, Mohd Radzi, Kasim

Kasim, Zulkifli, Abdul Razak & Mohd Fitri

Mohd Muslim, Hamzah & Osman

Osman, Saad & Azhar


Masri & Khairos

Khairos & Anis








Tiada ulasan: