Rabu, 20 Mei 2015

Catatan Mei 2015



Jalan kampung yang rosak bila dilalui oleh kenderaan berat

24.05.2015 - Mesyuarat bulanan JKKK telah diadakan. Antara topik yang dibincangkan adalah perlantikan Imam Masjid Qariah Bukit Kecil, Program sempena bulan Ramadhan dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

19.05.2015 - Pengerusi dan Setiausaha JKKK telah menghadiri Seminar Pengukuhan Integriti, anjuran Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Institut Integriti Negeri Kedah dan Pejabat Daerah Kuala Muda, bertempat di Dewan Banquet Tingkat 6, MPSP(K).

12.05.2015 - JKKK kampung ini telah menyumbangkan papan rehal dan tikar untuk keperluan Kelas Pegajian Al-Qur'an Wanita kampung ini. Sumbangan adalah melalui wang tabungan JKKK.

Tiada ulasan: