Jumaat, 5 Februari 2016

Catatan Februari 2016

21.02.2016 - Mesyuarat bulan JKKK telah diadakan. Mesyuarat banyak tertumpu kepada aktiviti yang bakal dilaksanakan untuk bulan depan (Mac 2016). Perbincangan dan perancangan telah disusun, sekiranya berjaya aktiviti tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.


11.02.2016 - Lebih 6,000 orang memenuhi Dataran Zero KM Sungai Petani dalam Program Malam Cinta Rasul, Turut serta Menteri Besar Kedah YAB Dato' Ahmad Bashah Md. Hanipah, Exco Kerajaan Negeri, ADUN Pantai Merdeka. Tuan Hj. Ali Yahaya dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Hj. Abdul Rahman Ismail.


Dato' Ustaz Kazim, Dato' Ahmad Bashah & Hj. Abdul Rahman Ismail






11.02.2016 - Bas telah dipenuhi dan jangka bertolak pada pukul 5.00 petang ke Sungai Petani. Terima kasih atas sambutan yang menggalakan.

07.02.2016 - JKKK kampung ini telah menyediakan sebuah bas untuk kemudahan penduduk kampung yang ingin menyertai Malam Cinta Rasul di Sungai Petani. Tempat terhad untuk 40 orang sahaja. Sila hubungi Puan Masri Mohd Saad untuk keterangan lanjut.


 04.02.2016 - Majlis penyerahan wang zakat Pharmaniaga melalui Yayasan Prihatin kepada para pelajar dan Penyerahan Elaun Bulanan Nelayan di Pantai Merdeka bersama YB Dato' Suraya Yaacob (Exco Kerajaan Negeri Kedah), YB Tuan Hj. Ali Yahaya (ADUN Pantai Merdeka) dan En. Sallehuddin (Ketua Pengarah LKIM). Seramai 11 murid dari kampung ini menerima bantuan zakat tersebut, manakala nelayan-nelayan dari kampung turut mendapat elaun bulanan.








Tiada ulasan: