Isnin, 19 September 2016

September 2016

24.019.2016 - Mesyuarat bulanan JKKK. Pengerusi JKKK telah mengeluarkan laporan dan kronologi air pasang besar yang berlaku tempohari. Perbincangan berkisar kepada penyelesaian maslah fenomena air pasang besar dan program sukanika sempena Hari Sukan Negara 2016 pada 08.10.2016.

20.09.2019 - Fenomena air pasang semakin menganas menyebabkan 195 rumah dinaiki air pasang besar. Diantara kampung yang terlibat adalah Kg. Kuala Tepi Sungai, Kg. Padang Salim, Kg. Paya, Kg. Sungai Meriam dan Kg. Sungai Yu. Empat buah Pusat Penempatan telah dibuka. Kampung ini juga telah menjadikan Surau kampung ini sebagai Pusat Penempatan.


Pusat Penempatan di Surau Sungai Yu

20.09.2016 - Mesyuarat antara Pengerusi-Pengerusi JKKK kawasan bencana dengan Exco Kerajaan Negeri, YB. Dato' Badrul Hisham, YB Tn. Hj. Ali Yahaya ADUN Pantai Merdeka dengan Pegawai-pegawai dari Agensi yang terlibat termasuk Penghulu-penghulu Mukim.





20.09.2016 - Lawatan ke tempat bencana






Pada hari yang sama juga bekalan air terputus...pihak SADA telah membantu. Terima kasih kepada pihak yang membantu;

1. YB Ali Yahaya - ADUN Pantai Merdeka
2. En. Nazri Ahmad - Penghulu Mukim Bukit Meriam
3. Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda
4. Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda
5. SADA Daerah Kuala Muda
6. NGO & orang perseorangan.



18.09.2016 - Fenomena air pasang besar yang menyebabkan banjir kilat dibeberapa buah kampung dipersisiran pantai dari Kampung Sungai Kuala Muda ke Pulau Sayak.














Tiada ulasan: