Isnin, 20 Februari 2017

Januari 2017

31.01.2017 - Lawatan ziarah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani, Puan Wan Mohalina bersama Jawatakuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani kerumah En. Abdul Karim bin Muhamad Ali dan En. Jaafar bin Kamis. Turut serta dalam lawatan ini Puan Anis Nazura bt. Ismail, Ketua Pergerakan UMNO Cawangan ini. Puan Wan Mohalina turut menyampaikan sumbangan dalam lawatan ini.






Adik Nurul Khalisa Aisyah, 9 bulan mengalami masalah pernafasan dan perlu bantuan mesin untuk bernafas sepanjang masa. Mengikut doktor ianya mengambil masa antara 1 hingga 2 tahun sebelum pernafasannya pulih. Berat badannya juga terlalu rendah, perlu susu khas.




Adik Nuraina Nasuha, 7 bulan mengalami masalah jantung. Selepas pembedahan meletakkan "pacemaker" beliau mengalami masalah saraf yang menyukarkannya untuk bergerak. Adik Nuraina memerlukan susu khas dan rawatan fisioterapi.



Rombongan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani yang diketuai Puan Wan Mohalina. Turut serta Puan Anis Nazura Ismail, Ketua Wanita UMNO kampung ini.


28.01.2017 - Mesyuarat bulan JKKK siri 1/2017 telah diadakan. Perbincangan mesyuarat tertumpu kepada perancangan aktiviti untuk tahun ini dan maslah semasa yang perlu tindakan.


05.01.2017 - YB Hj. Ali bin Yahaya, ADUN Pantai Merdeka  telah melakukan lawatan kekampung ini. Dalam lawatan ini beliau turut mendengar masalah semasa penduduk kampung ini.

Dari kiri Tuan Hj. Saidin Muhamad Saad, En. Azhar Sudin, YB Hj. Ali Yahaya dan En. Muhd Yusoff Bakar

Tiada ulasan: