Khamis, 22 Jun 2017

Catatan Jun & Julai 2017



25.07. 2017 - YB Dato' Ali Yahaya, ADUN Pantai Merdeka telah melawat kawasan tepi laut yang mengalami hakisan pantai serta meninjau kerja-kerja penambakan dan penampan tepi laut bagi mengatasi kesan fenomena air pasang besar. Turut serta Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Hj. Md. Nordin, Tuan Pengarah JPS dan Jurutera JPS Kuala Muda, Pegawai APMM Daerah Kuala Muda, Pengerusi-pengerusi JKKK Kg. Sungai Meriam, Sungai Yu dan Pulau Sayak dan wakil JKKK Kampung Padang Salim.

Menurut En. Azhar Sudin, Pengerusi JKKK kampung ini, pihak JPS juga telah melawat rumah-rumah yang berhampiran persisiran pantai di kampung ini. Diharapkan hasil lawatan ini akan membawa harapan baru kepada penduduk yang terlibat.











15.07.2017 - Mesyuarat bulanan JKKK siri 7/2017 - Perbincangan mengenai hakisan laut dan lain-lain.


30.06.2017 - Mesyuarat bulanan JKKK siri 6/2017 telah diadakan. Perbincangan berkaitan dengan sumbangan dari pelbagai pihak sempena Aidilfitri yang lalu.

20.06.2017 bersamaan 25 Ramadhan 1438 - JKKK kampung ini telah menganjurkan Jamuan berbuka puasa di Masjid Qariah Bukit Kechil. Terima kasih atas sumbangan dari warga Sungai Yu. Terima kasih kepada penggelola En. Abd. Razak Hj. Ismail dan En. Azhar Sudin yang telah berjaya mengendalikan majlis tersebut.

Tiada ulasan: