Jumaat, 26 September 2008

Salam pengenalan

Kampong Sungai Yu telah diterokai sejak puluhan tahun yang lalu. Kampung ini terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Parlimen Sungai Petani. UMNO Cawangan Sungai Yu dimasukkan di Bahagian Sungai Petani.

Kampong ini hanya mempunyai sebuah parti siasah ia-itu UMNO. Melalui UMNO kampong ini dibangunkan dan kini mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Jalanraya serta jalan kampong dibina merentasi kampong ini bagi kemudahan penduduk. Begitu juga dengan kemudahan elektrik dan air. Talian telefon tetap juga disediakan rumah kerumah. Kemajuan kampong ini banyak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional melalui UMNO. Peranan wakil rakyat UMNO/BN terbukti di kampong ini.

UMNO Cawangan Sungai Yu kini diterajui oleh En. Azhar Sudin dan dibantu oleh En. Mohd. Radzi Murad sebagai Timbalan Ketua Cawangan. Sejak penubuhannya Cawangan ini pernah di terajui oleh Allahyarham Abdullah Ariffin, En. Hussain Othman, Tuan Hj. Ishak Safar, En. Abdul Razak Ismail dan En. Ismail Mohd. Saad.

Manakala Pemudanya pula kini diterajui oleh Sdr. Mohd Zaidi Ahmad dibantu Sdr. Abdul Wahab Abdullah sebagai Naib Ketuanya. Ketua-ketua Pemuda sebelum ini adalah Sdr. Osman Darus, Sdr. Hussain Othman, Sdr. Md. Desa Ismail, Sdr. Saad Darus, Sdr. Kassim Ahmad dan Sdr. Mohd Radzi Murad yang kini menyandang jawatan Timbalan Ketua Cawangan.

Sementara itu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pernah dipengerusikan oleh En. Abdullah Ariffin (Allahyarham), En. Hussain Othman, Tuan Hj. Ishak Safar, En. Abdul Razak Ismail dan En. Ismail Mohd Saad. Manakala Setiausaha JKKK pernah disandang oleh Tuan Hj. Ishak Safar, En. Saad Darus dan En. Mohd Radzi Khamis.

Sehingga maklumat ini diterima Kampung Sungai Yu masih lagi mempunyai satu sahaja parti sahsiah iaitu UMNO. Sebagai kampung yang kecil, kehidupan disini masih lagi mengamalkan sistem gotong-royong dalam melaksanakan pelbagai aktivitinya.

Tiada ulasan: