Peranan JKKK juga telah di mansuhkan selepas UMNO/BN kalah dalam PRU yang lalu. Di Kampung Sungai Yu, kesannya cukup terasa di kalangan penduduknya. Penulis di beritahu bahawa satu Majlis Penyampaian Tauliah JKKKP akan diadakan pada 29hb September 2008 di Sungai Petani. Di harapkan JKKKP dapat memainkan peranannya memajukan Kampung ini sebaik mungkin.
ADUN Pantai Merdeka di wakili oleh PAS, manakala Parlimen Sungai Petani pula oleh PKR. Apabila di Kampung ini tiada Cawangan PAS atau PKR, dengan sendirinya kampung ini hilang arah. Penduduk tidak tahu dimanakah tempat untuk mereka mengadu sekiranya ada masalah. Hingga kini tiada ada seorang pun wakil samada dari PAS atau PKR yang membantu penduduk di sini. Diharapkan dengan perlantikkan JKKKP ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah kampung ini.
UMNO Cawangan kampung ini juga telah selesai menjalankan persidangan pada 01 Ogos 2008. Sekarang ini UMNO Sungai Yu dipimpin oleh En. Azhar Sudin. Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Cawangan, Pen. Setiusaha (Pemuda) dan Naib Ketua Pemuda Cawangan. Semoga dengan pengalaman yang beliau ada, Kampung Sungai dapat dipimpin kearah yang lebih baik dan progresif. Penulis dan juga seluruh anggota UMNO Cawangan ini amat berharap kepimpinan yang baru dipilih dapat memainkan peranan mereka sebaik mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan