Ahad, 1 November 2009

Beberapa kemudahan telah di sediakan

JKKKP kampung ini telah bekerja keras bagi memastikan kebajikan penduduk kampung ini terus terbela. Pelbagai permohonan telah dikemukakan kepada Pejabat Pembangunan Negeri dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah.

Kini hasil dari permohonan-permohonan tersebut telah dituai. Antara yang terkini seperti berikut ;
1. Pembinaan 3 buah rumah PPRT diuruskan oleh KEDA. Dua buah rumah mempunyai 3 bilik bernilai RM33,000 dan sebuah rumah 2 bilik bernilai RM28,00.

2. Sebanyak 4 buah rumah telah terlibat dalam program membaiki rumah. Purata kos RM5,000 bagi setiap rumah.

3. Pembinaan jalan kampung sepanjang lebih kurang 200 meter. Permohonan asal adalah sepanjang 2KM tidak dapat dipenuhi kerana tidak memenuhi beberapa kriteria seperti yang ditetapkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri.

4. Pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada beberapa individu yang layak. Pihak JKM Daerah telah mengadakan 2 kali lawatan dan meluluskan beberapa permohonan. Maklumat lengkap mengenai kelulusan belum diperolehi.

5. Membaiki 3 buah rumah sumbangan Pejabat Zakat Negeri.

Tiada ulasan: