Ahad, 8 November 2009

Aktiviti November 2009

1. Gerak kerja Daftar Pemilih DUN Pantai Merdeka khususnya Peti undi Sek. Keb. Bukit Kechil, Kota di adakan pada 01 November 2009 anjuran Biro Daftar Pemilih UMNO Bahagian Sungai Petani di Pantai Merdeka. En. Azhar Sudin, En. Mohd Radzi Murad dan En. Kasim Ahmad turut hadir mewakili UMNO Cawangan Sungai Yu.

2. Satu perbincangan telah diadakan oleh Jawatankuasa Pengurusan parti peringkat cawangan pada 06-11-2009, bertempat di rumah Ketua Cawangan, jam 9.00 malam.

Rumusan dari perbincangan tersebut ;

1. Mengenal pasti ahli UMNO yang setia dan di kekalkan

2. Mengenal pasti ahli yang menyokong parti pembangkang semasa PRU yang lalu dan ambil tindakan

3. Mendaftar keahlian baru

4. Memantau pembangunan di kampong dari masa kesemasa

5. Menyemak semula peserta e-kasih. Lihat kemungkinan ada yang tercicir.

6. Gerakkerja susulan dilaksanakan pada 13.11.09 dan 15.11.09 bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Tiada ulasan: