Rabu, 9 Februari 2011

Daftar pengundi baru bagi tahun 2011

UMNO Cawangan ini dan JKKK(P) kampung ini sedang giat menjalankan urusan mendaftar pengundi baru. Seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuarat bulanan JKKK(P) bulan lalu, gerakan inin di ketuai oleh En. Mohd Radzi Murad. Bagi semua warga Kampung Sungai Yu yang telah mencapai umur 21 tahun, bolehlah berbuat demikian. UMNO/JKKK(P) akan membantu dalam urusan ini.

Daripada rekod terkini, masih terdapat lebih 30 penduduk yang layak belum berbuat demikian. Urusan ini akan diteruskan sepanjang tahun seperti tahun lalu. Peti undi SK Bukit Kechil, KKM telah digerakkan. Dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, En. Azhar Sudin (Pengerusi JKKKP/Ketua Cawangan) dilantik sebagai Pengerusi Biro Penerangan, manakala En. Abd. Razak Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Pengundi Luar.

Tiada ulasan: