Pada bulan ini mesyuarat JKKKP telah diadakan pada 13 Februari 2011. Kehadiran amat menggalakan. Minit mesyuarat telah dihantar kepada Pejabat KEDA Daerah Kuala Muda/Yan pada 27 Februari 2011. Pada hari tersebut juga seramai lima Ketua Isi Rumah (KIR) telah hadir sendiri ke Pejabat KEDA Daerah bersama Pengerusi JKKKP untuk membuat permohonan baik pulih rumah dan bina baru.
Pada 20 Februari 2011 pula Setiausaha JKKKP telah menghantar senarai daftar pemilih baru seramai 15 orang. Senarai ini dihantar kepada Biro Daftar Pemilih UMNO Bahagian Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya. Hingga kini kempen mendaftar pemilih baru masih diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan